Thursday 3 January 2013

HUJUNG TANJUNG,SUNGAI BATU


Ikan bolos

Ikan bolos juga dikenali dengan nama punting damak dikawasan utara. Ikan yang berwarna putih dan berbadan bulat ini amat sedap dimakan. Ia boleh membesar sehingga ke saiz sebesar botol sos biasa. Ia amat sukakan cacing dan anak udang. Oleh kerana mulutnya amat kecil, maka ianya sukar dipancing malah bertindak mencuri umpan sendainya mata kail yang digunakan tidak sesuai dengannya.Bolos
yang bersaiz kecil sebesar jari telunjuk amat baik untuk dijadikan umpan kepada pemangsa.





Ikan lembu


Ikan lembu merupakan spesis ikan yang mempunyai duri seakan tanduk diatas dan dibawah badanya. Mulutnya kecil tapi yang pasti giginya saperti gigi lembu. Ia mendapat namanya dari rupa bentuk giginya. Ikan ini sedap dimakan jika bersaiz besar. Kulitnya hendaklah dilapah dahulu sebelum dimasak, rasanya saperti daging ayam.Jika bersaiz kecil isinya amatlah kurang setelah dilapah.Ikan lembu adalah pencuri umpan yang paling bijak kerana saiz mulutnya yang kecil. Ia sukakan cacing,perumpun dan anak udang.



 Ikan buntal


Ikan Buntal @ Fugu Ikan Buntal (Puffer Fish @ Fugu) adalah sejenis ikan berbisa yang sangat popular dikalangan masyarakat Jepun. Di Malaysia, nelayan akan membuang semula ikan ini kelaut sekiranya ia tersekat di dalam pukat. Perkara yang sama juga akan dilakukan oleh kaki-kaki pancing. Ikan Buntal mempunyai tahap toksin yang amat tinggi. Namun begitu ia tetap dianggap sebagai makanan eksotik yang bertaraf tinggi oleh sesetengah pihak. Terdapat beberapa kes yang menjadikan ikan buntal sebagai seekor ikan yang patut dijauhi. Pada tahun 2007 seorang penjual ikan telah menipu pelanggannya dengan mengatakan daging ikan buntal yang dijualnya adalah daging ikan salmon. Disebabkan perkara ini penjual ikan tersebut telah mengakibatkan kematian berpuluh-puluh orang dalam jangka masa tiga tahun




POT : HUJUNG TANJUNG SUNGAI BATU,TELUK KUMBAR



TRIP KALI NI ADALAH TRIP MEMBURU IKAN BOLOS AREA SUNGAI BATU,TELUK KUMBAR PENANG(...KAMPUNG AKU TU...).MEMBER AKU TENGAH TRY BOT MASIH BERFUNGSI ATAUPUN X JANGAN SAMPAI TERJUN SUDEYH  HIHIHIHI



IKAN PERTAMA UNTUK TRIP KALI NI ADUHAI IKAN LAIN YANG DIBURU IKAN LAIN YANG DAPAT





...........ALAMAK IKAN LEMBU LAGI .........






DALAM TRIP NI MEMBER AKU YANG NI YANG PALING ENSEM TAPI XTAHAN DUK ATAS BOT LAMA-LAMA MABUK HIHIHI




TETAMU YANG X DIUNDANG BANYAK BETUL IKAN "BELON".MULA-MULA INGAT NAK LEPASKAN BALIK TAPI ADA ORANG KATA IKAN NI KALAU DILEPASKAN BALIK AKAN MAKAN UMPAN SEMULA SO AKU BUAT KEPUTUSAN "SIMPAN" JE DALAM BOT BAWA BALIK BUAT BAJA IKAN2 LAIN BOLE REBUS BG ITIK MAKAN HIHIHIHIHI




.......HASIL TANGKAPAN DI AKHIR TRIP SELAMA 2 JAM.....



UMPAN : UDANG BUANG KULIT POTONG KECIK-KECIK

                  LOKASI : PANTAI TELUK TALIB,UJUNG TANJUNG,KAMPUNG SG. BATU



































No comments:

Post a Comment